Isnin, 14 November 2011

Kesihatan kita, kesihatan bersama

Mempunyai set sauna sendiri di rumah memang memberi banyak kemudahan dan manfaat kepada kita.  Dengan adanya set sauna sendiri anda boleh melakukan sauna pada bila-bila masa dengan privasi. Mengapa kita perlu bersauna?
Terdapat banyak kebaikan dari segi kesihatan apabila kita bersauna. Tahukah anda mengapa bersauna baik untuk kesihatan kita?
Semasa bersauna, kadar pernafasan dan denyut nadi akan meningkat daripada 75 denyut seminit kepada 100-150 seminit semasa lebih kurang 15-20 minit mandi wap. Apabila ini berlaku, ia akan meningkatkan kadar peredaran (bukan tekanan darah) kerana haba dari wap air akan mengembangkan saluran darah untuk menampung peningkatan pengaliran darah ke seluruh badan.
Proses ini akan membolehkan badan mengagihkan lebih banyak zat/ nutrient terutamanya kepada bahagian kulit dan menggantikan sel-sel yang telah mati. Oleh itu, kesan yang amat ketara sekali adalah anda akan kelihatan lebih segar / muda selama beberapa jam setelah anda mandi wap.
Dengan bersauna, kesan panasnya akan melegakan otot-otot yang boleh menghilangkan sengal-sengal, bisa dan kebas-kebas tubuh badan.
Antara kebaikan sauna yang lain adalah sauna dapat membuka rongga roma, mengeluarkan segala kekotoran atau toksin dalam kulit, menjadikan kulit anda lebih sihat dan menjadikan rambut bertambah segar, lebat dan berupaya untuk menghilangkan kelemumur.
Wap juga akan masuk ke rongga pernafasan dan terus ke sistem perjalanan darah atau fungsi organ memberi kesan yang baik kepada badan. Dari aspek perubatan, wap yang masuk melalui rongga pernafasan ini amat baik untuk rawatan resdung (sinus), bronchitis (radang paru-paru) alahan dan asma (lelah).
Khasiat – khasiat lain adalah
1) Melancarkan perjalanan darah dan menguatkan sistem imunisasi badan .
2) Baik untuk bertangas selepas bersalin, mengembalikan bentuk tubuh badan dan menambah susu badan serta mencairkan lemak.
3) Menggantikan sel-sel yang telah mati dan memberi kesegaran kepada kulit.
4) Terbaik ialah menghilangkan stress dan menjadikan anda sentiasa kelihatan segar dan muda.
KEHEBATAN Mandi Wap Panas di rumah..
Adakah anda prihatin tentang berat badan dan kesihatan anda?
Sila perhatikan manfaat bersauna dan bandingkan dengan kegiatan aktiviti bersukan yang lain:

1. Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.
2. Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori
3. Berbasikal selama 30 minit membakar 250 – 500 kalori.
4. Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori
5. Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori
.........................................................................................
*SELAMAT BERSAUNA DARI 'SPA SAUNA'*
 "Kesihatan Kita, Kesihatan Bersama".

Tiada ulasan: