Ahad, 30 Oktober 2011

Kebaikan Bersauna

Aktiviti Mandi Peluh atau Sauna selalunya dikaitkan dengan kecantikan kulit. Tapi
sebenarnya, kebaikan sauna bukan setakat tu saja, ia punya manfaat yang cukup besar untuk kesihatan tubuh.

Biarpun begitu, ramai yg tidak punya pengetahuan tentang perkara ini. Berikut adalah beberapa kebaikan dari sudut kesihatan daripada aktiviti mandi peluh yang mungkin anda selalu lakukan.

Mengeluarkan Toksin dari tubuh

Peluh yang keluar semasa berada dalam sauna bukan sia-sia.
Seperti yg diketahui, pori-pori yang membesar dan mengeluarkan peluh itulah akan mencantikkan kulit. Tapi di samping itu, turut keluar bersama peluh ialah toksin yang ada dalam tubuh kita. Kesannya kulit akan menjadi cerah & bersih.

Meningkatkan metabolisme

Bagi kesihatan tubuh, sauna akan meningkatkan degupan jantung antara 50-75% dalam masa 20 minit.
Begitu juga dengan kadar metabolisme tubuh, sauna akan membantu meningkatkannya hingga 20%. Dengan ini, tubuh dapat membakar kalori lebih banyak dan kesannya bertahan hingga 3 jam kemudiannya.
Satu sesi sauna membakar kalori sebanyak 600 kalori!!

Mengurangkan stress

Faktor inilah yang menyebabkan ramai yang memilih aktiviti sauna apabila berasa stress. Biasanya,setelah selesai melakukan aktiviti sauna, fikiran akan merasa tenang. Stress dan kerisauan boleh dikurangkan dengan bersauna hingga membuatkan fikiran lebih damai.

Sembuhkan masalah kulit

Panas ruang sauna yg biasanya antara 60-105°C akan menyebabkan pembuluh darah melebar
dan tekanan darah meningkat. Hasilnya kulit akan menjadi sihat. Selain itu, masalah kulit seperti jerawat juga boleh dirawat. Sebabnya, wap panas sauna akan melembutkan jerawat sekaligus mempercepatkan proses penyembuhannya.

Membunuh bakteria & virus

Mandi peluh melalui sauna akan membuat otot-otot tubuh berehat dan membolehkannya
menyah toksin penyebab rasa letih setelah seharian melakukan aktiviti. Aliran darah yang semakin cepat membantu proses perbaiki sel otot.
Selain itu proses pemanasan suhu tubuh ini juga bermanfaat untuk membunuh sel bakteria dan virus, meningkatkan kemampuan tubuh mengeluarkan racun sekaligus meningkatkan sistem imunisasi tubuh.
Marilah bersauna dan merasai keseronokkan bersauna..
Salam Sihat dan Cantik dari kami di Spa Sauna.



 

selamat bersauna dari kami..

SpaSauna

*Sila klik Laman Utama untuk melihat sebarang update @ promosi*




Tiada ulasan: